Sunday 6 March 2011

Artikel 6 : Teknik "E-Picture"


TEKNIK “E-PICTURE: MEMANTAPKAN KEMAHIRAN
MENGENALPASTI KOMPONEN PAPAN INDUK
KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 2KA1



Rosmawati Binti Mohamed
SMK Bandar Putra, Kulaijaya

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran mengenalpasti komponen-komponen di atas papan induk komputer. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang pelajar tingkatan 2KA1 di SMK Bandar Putra, Kulai, Johor. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar dan soalan sumbang saran yang diajukan di dalam kelas. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar di dapati masih belum menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Analisis juga mendapati cara guru mengajar yang lebih kepada teori tidak dapat membantu pelajar dalam mengingati komponen-komponen yang terlibat. Ini adalah disebabkan oleh kekangan di mana guru hanya dapat menunjukkan sepintas lalu papan induk sebenar kepada pelajar menggunakan komputer sedia ada di dalam makmal.  Pelajar sukar untuk mengingati sekiranya mereka tidak didedahkan dengan komponen tersebut berulang kali. Bagi mengatasi masalah tersebut,  kaedah ”E-Picture” digunakan sebagai pendekatan pembelajaran dan pengajaran dan penekanan diberi kepada aktiviti mengulang tayang gambar-gambar komponen papan induk bagi membantu pelajar mengingati komponen tersebut dengan lebih berkesan. Pelajar diberikan ujian bagi menguji kemahiran mereka. Dapatan hasil ujian ini mendapati pelajar telah dapat menunjukkan peningkatan dan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana pelajar didedahkan dengan pembelajaran yang lebih interaktif.

1.0          REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam menangani dunia teknologi masa kini, murid Tingkatan satu dan dua didedahkan dengan mata pelajaran literasi komputer. Mata pelajaran ini adalah sebagai asas pengetahuan murid kepada dunia perkomputeran. Sewaktu pelajar berada di dalam tingkatan satu, pelajar telah didedahkan dengan komponen-komponen asas komputer.

Pada awal tahun lalu, sewaktu membuat ulangkaji bersama murid-murid tingkatan 2KA1 saya telah memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini bagi menguji sejauh mana mereka mengingati pelajaran yang telah diajar. Diantara soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan komponen input, proses dan output. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat membezakan diantara komponen-komponen tersebut. Walau bagaimana pun apabila dintanya mengenai komponen-komponen di atas papan induk, kebanyakan respons yang diperolehi daripada pelajar adalah ”kami lupa cikgu” atau pun ”kami tidak tahu”. Saya mengubah pendekatan soalan dengan membuka sebuah komputer dan menunjukkan kepada mereka papan induk komputer, saya meminta seorang pelajar menunjukkan di mana kedudukan CPU, respons yang saya dapat adalah ”tak tahu”. Saya bertanya kepada beberapa orang lagi pelajar dan respons yang saya perolehi adalah sama. Saya beralih pula kepada soalan di mana meminta pelajar menyenaraikan komponen-komponen di atas papan induk yang telah mereka pelajari, hanya segelintir pelajar dapat menjawab dengan betul tetapi tidak semua komponen yang dapat mereka senaraikan.

Melalui pemerhatian ini saya dapati pelajar menghadapi masalah dalam mengingati kedudukan komponen di atas papan induk komputer. Malah keadaan papan induk yang penuh dengan komponen kecil dan cip-cip kecil menyukarkan mereka membezakan antara satu komponen dengan komponen yang lain. Masalah ini juga berlaku disebabkan mereka keliru dengan kedudukan dan rupa komponen tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak pernah melihat komponen tersebut secara realiti. Walaupun di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya menunjukkan komponen tersebut di atas papan induk yang sebenar, mereka masih tidak dapat mengenalpasti komponen yang ditunjukkan.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya hanya menunjukkan secara keseluruhan gambar dan komponen tersebut di atas papan induk tanpa memisahkan satu-persatu komponen tersebut daripada papan induk.

Oleh sebab kebanyakan pelajar memberikan jawapan bahawa mereka tidak ingat atau tidak tahu, maka saya telah menerangkan kepada mereka bahawa untuk mengingat sesuatu perkara terutama yang melibatkan sesuatu yang maujud, mereka perlu selalu menggunakan alat tersebut atau melihat gambarnya berulang kali supaya apa yang dilihat menjadi sebati dengan fikiran dan seterusnya apa saja yang disoal mengenai perkara tersebut dapat dijawab dengan spontan.

2.0          FOKUS KAJIAN
           
Walaupun kebolehan pelajar untuk mengingat sesuatu perkara adalah berbeza, apa yang ingin difokuskan di sini adalah teknik yang boleh membantu pelajar mengingati komponen-komponen papan induk komputer dengan lebih mudah dan ingatan itu bertahan lebih lama. Oleh kerana topik ini melibatkan beberapa komponen dan pelajar perlu dapat membezakan setiap komponen tersebut, pelajar perlu didedahkan dengan komponen tersebut dengan lebih kerap. Menunjukkan komponen yang sebenar kepada pelajar adalah mustahil kerana beberapa factor seperti nilai komponen yang mahal dan risiko kecurian, oleh itu kami memikirkan satu kaedah yang boleh menggantikan komponen tersebut.

Kaedah yang kami lakukan adalah dengan mengambil gambar papan induk dan juga komponen-komponen di atas papan induk tersebut. Gambar-gambar  tersebut kemudian dikompil di dalam satu fail berformat Microsoft PowerPoint dan diolah menjadi satu permainan flash card.  Kad-kad ini kemudian ditayangkan kepada pelajar untuk membantu mereka mengenalpasti dan mengingati komponen-komponen di atas papan induk tersebut.


Kami yakin teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu ingatan pelajar dalam topic ini. Melalui pemerhatian saya, antara kelemahan pelajar yang telah dikenalpasti adalah
1.       Tidak dapat menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan induk komputer
2.       Sukar mengenalpasti kedudukan komponan utama papan induk komputer berikutan struktur papan pinduk yang kompleks.

Dengan usaha yang dilakukan ini diharap pelajar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan induk komputer serta mengenalpasti kedudukan komponen tersebut di atas papan induk komputer.

3.0          OBJEKTIF KAJIAN

            Pada akhir Kajian Tindakan ini, pelajar-pelajar akan mencapai objektif-objektif      berikut:

3.1          Objektif Umum
            Kajian ini bertujuan membantu murid meningkatkan kemahiran     mengenalpsti komponen-komponen papan induk komputer

3.2 Objektif Khusus
3.2.1     Membantu pelajar menyenaraikan nama komponen utama papan             induk komputer
            3.2.2     Membantu pelajar mengenalpasti kedudukan komponen utama                           papan induk komputer

4.0          KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid daripada tingkatan 2KA1 SMK Bandar Putra Kulaijaya yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Kesemua pelajar di dalam kelas ini adalah pelajar melayu dan beragama islam memandangkan kelas ini adalah kelas aliran agama.

5.0          PERLAKSANAAN KAJIAN
            Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memastikan proses kajian ini berjalan        dengan sempurna.

5.1          Tinjauan Masalah
5.1.1       Pemerhatian dalam kelas
            Sewaktu sesi ulangkaji, pemerhatian telah dibuat di dalam kelas dan didapati hampir kesemua pelajar kelihatan terpinga-pinga             seperti tidak pernah mempelajari topik tersebut.

5.2          Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1       Pemerhatian Di dalam Kelas

            Hasil daripada pemerhatian, saya dapati hampir semua pelajar    gagal memberikan jawapan yang tepat. Ini berpunca daripada       pelajar tidak mengingati topik yang telah dipelajari.

5.3          Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
            Perlaksaan tindakan adalah mengikut aktiviti yang telah dirancang.

5.3.1       ” Ice Breaking”

Aktiviti pertama melibatkan sesi penerangan kepada pelajar mengenai ujian yang akan dilaksanakan ke atas mereka. Kedatangan mereka juga direkod bagi memastikan kejituan data yang akan dikumpul. Setiap pelajar perlu mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

Pelajar diminta membuat persediaan menghadapi ujian pra yang akan diberikan pada sesi p&p yang seterusnya. Pelajar juga diterangkan mengenai format ujian yang akan mereka lalui untuk memberii gambaran soalan kepada mereka.

Disamping itu guru membuat ulangkaji mengenai topik berkenaan bersama pelajar. Pelajar diperkenalkan dengan komponen di atas papan induk secara teori dan guru membuka satu komputer untuk pelajar melihat papan induk secara realiti.

5.3.2       Ujian Pra

Aktiviti kedua melibatkan sesi menduduki ujian pra. Ujian ini di adakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya setelah sesi penerangan dan ulangkaji. Ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan yang sepatutnya.  Pelajar diberikan 10 soalan berkenaan komponen papan induk komputer dan kedudukan komponen tersebut. Pelajar perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 7 minit. (Sila rujuk lampiran 1). Setelah tamat tempoh menjawab, keputusan direkod dan berikut adalah dapatan daripada ujian tersebut.
                           



Pelajar
Bil Betul
Bil. Salah
Pelajar
Bil Betul
Bil. Salah
P1
5
5
P14
4
6
P2
3
7
P15
4
6
P3
6
4
P16
6
4
P4
5
5
P17
5
5
P5
4
6
P18
5
5
P6
7
3
P19
4
6
P7
3
7
P20
6
4
P8
3
7
P21
3
7
P9
4
6
P22
3
7
P10
5
5
P23
3
7
P11
2
8
P24
5
5
P12
4
6
P25
5
5
P13
6
4

                Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Mengikut Pelajar
  

Daripada keputusan tersebut dapat kita simpulkan bahawa pelajar masih belum menguasai kemahiran tersebut walaupun guru telah menerangkan format soalan dan sesi ulangkaji telah dibuat. Ini membuktikan teknik yang  digunakan adalah untuk menghafal dan bukan mengingat komponen tersebut.
Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik ”E-Picture” diharap dapat membantu pelajar lebih mudah mengingat komponen-komponen tersebut. Teknik ini digunakan dalam aktiviti ke tiga.
  



5.3.3       Tayangan ”E-Picture”

Aktiviti ke tiga adalah aktiviti di mana pelajar diperkenalkan dengan teknik ”E-Picture”. Aktiviti ini dilaksanakan setelah keputusan daripada ujian pra diperolehi. Guru menayangkan gambar-gambar komponen menggunakan perisian Microsoft Power Point. Teknik ini menggunakan konsep flash card di mana pelajar ditunjukkan gambar komponen berserta nama komponen disamping soalan sumbang saran yang dikemukakan oleh guru. Proses tayangan ini dilakukan berulang kali sehingga guru merasa puas hati dengan pencapaian pelajar.

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar diberikan ujian Pos 1 untuk menguji sejauh mana ingatan mereka sejurus selepas berakhirnya tayangan ”E-Picture” ini. Ujian Pos 1 dilaksanakan sebagai aktiviti ke empat perlaksanaan kajian ini.

5.3.4       Ujian Pos 1

Aktiviti ke empat ini dijalankan di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, sejurus selepas ”E-Picture” ditayangkan. Pelajar diberikan semula soalan yang sama bagi menguji kecekapan mereka mengingat. Pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam jangka masa yang sama iaitu 7 minit. Setelah itu, keputusan direkod adalah seperti berikut:

Pelajar
Bil Betul
Bil. Salah
Pelajar
Bil Betul
Bil. Salah
P1
10
0
P14
10
0
P2
10
0
P15
10
0
P3
10
0
P16
10
0
P4
10
0
P17
10
0
P5
10
0
P18
10
0
P6
10
0
P19
10
0
P7
10
0
P20
10
0
P8
10
0
P21
10
0
P9
10
0
P22
10
0
P10
10
0
P23
10
0
P11
10
0
P24
10
0
P12
10
0
P25
10
0
P13
10
0

     Jadual 2: Keputusan Ujian Pos 1 Mengikut Pelajar

            

Daripada keputusan tersebut didapati pelajar telah dapat meningkatkan kebolehan mengingat dan mengenalpasti komponen papan induk tersebut. Ini disebabkan oleh gambar-gambar yang dipaparkan masih lagi berada dalam ingatan mereka.

Bagi memastikan keputusan yang diperolehi boleh digunapakai, pelajar diberikan ujian pos kedua untuk menguji tahap ingatan mereka kepada topik ini.

5.3.5       Ujian Pos 2

Aktiviti ke lima ini dilaksanakan pada sesi pembelajaran dan pengajaran yang berikutnya untuk kelas tersebut. Kehadiran pelajar direkod bagi memastikan bilangan pelajar yang sama dan betul. Pelajar diberikan set soalan yang sama tetapi kali ini soalan tersebut diubah kedudukannya bagi menguji kemahiran mereka mengenalpasti komponen (Sila rujuk Lampiran 2). Masa yang diberikan juga adalah selama 7 minit.



Keputusan ujian pos 2 ini direkod dan berikut adalah hasilnya

Pelajar
Bil Betul
Bil. Salah
Pelajar
Bil Betul
Bil. Salah
P1
10
0
P14
9
1
P2
10
0
P15
10
0
P3
10
0
P16
10
0
P4
10
0
P17
10
0
P5
9
1
P18
9
1
P6
8
2
P19
10
0
P7
10
0
P20
10
0
P8
10
0
P21
10
0
P9
10
0
P22
9
1
P10
10
0
P23
10
0
P11
10
0
P24
10
0
P12
10
0
P25
10
0
P13
10
0

                  Jadual 3 : Keputusan Ujian Pos 2

Dapatan daripada ujian tersebut mendapati pelajar masih dapat mengingat dan mengenalpasti komponen yang dipelajari dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam topik ini.

5.4          Refleksi Kajian

            Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, saya dapati pelajar lebih mudah mengingati komponen-komponen yang ditunjukkan kepada mereka. Aktiviti ujian pos juga menunjukkan peningkatan dari segi bilangan pelajar yang dapat enjawab soalan dengan lebih tepat. Perbandingan antara keputusan ujian pra dan ujian pos boleh dilihat daripada jadual di bawah

Pelajar
Ujian Pra
Ujian Pos
Bilangan Betul
Bilangan Salah
Bilangan Betul
Bilangan Salah
P1
5
5
10
0
P2
3
7
10
0
P3
6
4
10
0
P4
5
5
10
0
P5
4
6
9
1
P6
7
3
8
2
P7
3
7
10
0
P8
3
7
10
0
P9
4
6
10
0
P10
5
5
10
0
P11
2
8
10
0
P12
4
6
10
0
P13
6
4
10
0
P14
4
6
9
1
P15
4
6
10
0
P16
6
4
10
0
P17
5
5
10
0
P18
5
5
9
1
P19
4
6
10
0
P20
6
4
10
0
P21
3
7
10
0
P22
3
7
9
1
P23
3
7
10
0
P24
5
5
10
0
P25
5
5
10
0
            Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Pelajar     

Jadual 4 menunjukkan semua pelajar menunjukkan peningkatan dalam mengingat komponen-komponen papan induk tersebut. Bilangan jawapan yang betul meningkat dengan amat ketara. Ini membuktikan kaedah ini dapat membantu pelajar memantapkan ingatan mereka terhadap komponen-komponen tersebut.

Disepanjang aktiviti dijalankan juga pelajar menunjukkan minat yang amat tinggi dan mereka merasa seronok kerana aktiviti ini lebih santai, kurang tekanan dan lebih ke arah permainan.

6.0          CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah pelajar memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh kerana itu, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P. Sebagai contoh dalam tajuk Computer Hardware, perlu ada teknik yang digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati fungsi perkakasan komputer.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya di dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar.

BIBLIOGRAFI
Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2009. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Negeri Johor. Jilid 2/2009. Johor.