TATACARA MENANGANI BULI
Anuar bin Jais
Timbalan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya
Mantan Pen.
Kanan SMK Bandar Putra (2004-2006)
Pendahuluan
Membuli dan menjadi mangsa buli adalah satu fenomena
biasa di kalangan kebanyakan murid sekolah. Ini disahkan oleh Institut Keadilan
Kebangsaan Amerika Syarikat yang mendapati 12 peratus daripada pelajar menengah dan tinggi di Amerika Syarikat
dilaporkan menjadi pembuli (U.S. National Institute of Justice, 1996) Dapatan
kajian menunjukkan kebanyakan buli dilakukan oleh murid lelaki, dan murid-murid
lebih muda/kecil adalah mangsanya, manakala ibubapa dan guru-guru kurang
mengambil berat masalah ini, menyebabkan murid-murid membuat persepsi yang
guru-guru dan ibubapa mereka tidak akan campurtangan (MacDougall 1993). Penyelidikan merumuskan bahawa buli secara
umum boleh menyebabkan antisosial dan pola tingkahlaku melanggar peraturan.
Diramalkan murid-murid sekolah yang agresif dan suka membuli lebih berisiko
tinggi melakukan masalah tingkahlaku seterusnya seperti jenayah dan penderaan
(Olweus, 1991).
Definasi
Kamus
Times Lingua (1993) mendefinasikan buli adalah orang yang suka menggunakan
kekerasan untuk menakutkan orang yang lemah. Dalam bahasa Melayu biasa, buli
dikenali sebagai “penyakat” iaitu mereka yang lebih besar/kuat atau mempunyai
kawan, mempunyai tabiat suka menganggu atau menindas orang yang lebih
kecil/lemah. Di dalam usaha memahami buli ada pengkaji yang menyamakan buli
dengan kekejaman. The National Research Council (dalam Allan.J et.al, 1996)
mengelaskan buli sebagai interpersonal violence dan mendefinasikannya
sebagai;
"behaviour by
persons against persons that intentionally threatens, attempts, or actually
inflicts physical harm". The behaviours that are described in this
definition are also found in definitions of aggression and most of what is
understood about violence comes from research done on aggression. It has been
shown that in many instances childhood aggression can be linked to future
violent behaviour. Children at around age eight who show aggressive behaviour
are more likely than their peers to demonstrate delinquent, criminal or violent
behaviour in adolescence and adulthood.
Punca-punca buli
Tinjauan literatur mendapati penyebab kepada pembuli
dan mangsanya di kalangan murid-murid (Zeigler and Rosenstein-Manner, 1991,
dalam Allan, J., 1996) ia adalah disebabkan faktor keluarga dan sekolah. Faktor
sekolah yang dikenalpasti yang mengakibatkan pembulian ialah: rendahnya
penyeliaan semasa rehat, kurangnya tindakbalas dari murid-murid yang tidak
terlibat dengan pembulian, tiada undang-undang yang nyata terhadap buli, penglibatan
pengetua yang rendah, kurang komunikasi di antara guru dengan pengetua dan
murid yang terlibat dan penglibatan guru dalam membuat keputusan. Faktor
keluarga yang terlibat; kurangnya hubungan kemesraan dan penglibatan, gagal
menghadkan persekitaran tingkahlaku agresif, tidak konsisten dalam memberi
hukuman dan hukuman yang kejam serta perseonaliti kanak-kanak itu sendiri.
Olweus
(1991), dalam Allan, J. (1996) telah mengenalpasti 4 faktor yang penting dalam
menyumbangkan perkembangan tingkahlaku buli: (a) sikap emosi negatif yang diamalkan oleh penjaga diawal umur
kanak-kanak, dicirikan melalui kurang kemesraan dan penglibatan, (b) membiarkan
tingkahlaku agresif yang dilakukan kanak-kanak oleh penjaganya hingga tiada
batasan yang jelas, (c) kaedah power-assertive semasa penjagaan
kanak-kanak, contohnya penderaan fizikal dan penampilan emosi keganasan, (d)
sikap suka meradang, aktif dan panas baran terhadap kanak-kanak lebih mudah
membina pola-pola tingkahlaku agresif.
Wendy Schwartz, (1994) pula menyatakan remaja yang tidak tahu caranya untuk
berurusan dengan perselisihan faham akan selalu menjadi mangsa pembulian.
Rasional
Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab
untuk memperkembangkan potensi individu. Sehubungan dengan itu, pelbagai
aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah sama ada di dalam atau pun di luar
kawasan sekolah yang bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan dan
pengalaman kepada murid.
Walaubagaimana pun aktiviti yang dijalankan perlu
mengambil kira aspek keselamatan supaya ianya berjalan dengan sempurna dan
mencapai matlamatnya. Kita sering membincangkan musibah yang bakal diterima
oleh pelajar akibat perbuatan orang luar, tanpa melihat musibah yang dilakukan
oleh pelajar sendiri. Oleh itu pihak sekolah perlu mengambil langkah-langkah
perlu bagi menghindari pembulian di sekolah. Justeru, tatacara tindakan
pembulian perlu disediakan supaya semua pihak faham apakah tindakan yang perlu
dilakukan supaya pembulian dapat dihindarkan.
Objektif
Ø Mengenalpasti punca-punca buli.
Ø Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang buli.
Ø Meningkatkan kesedaran tentang kesan daripada aktiviti
buli.
Ø Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara
tindakan terhadap masalah buli.
Ø Semua pihak dapat mengambil tindakan berdasarkan
tatacara yang disediakan.
PANDUAN MENGENALPASTI BULI DI SEKOLAH
Awasi tanda-tanda amaran ini.
Buli mungkin berlaku di kalangan murid-murid, jika
mereka;
Ø
mempunyai masalah
dalam memberi perhatian dan tumpuan di dalam kelas;
Ø
kerap kali
menganggu aktiviti-aktiviti bilik darjah;
Ø
sentiasa melihat
kekurangan sekolah;
Ø
suka bergaduh di
antara satu sama lain di sekolah;
Ø
bertindakbalas
terhadap mungkir janji, kritikan atau mempersenda dengan melampau dan perasaan
marah, suka menyalahkan atau berdendam;
Ø hanya mempunyai beberapa orang kawan, dan mereka kerap
ditolak oleh murid lain kerana perangainya;
Ø menjadikan idola murid-murid yang telah dikenalpasti
sebagai tidak mengikut peraturan atau agresif.
Ø
kerap tidak
mendengar nasihat orang dewasa;
Ø
tidak sensitif
dengan perasaan orang lain;
Ø
sangat mudah
kecewa;
Ø
suka
merayau-rayau di sekolah tanpa tujuan; dan
Ø
menggunakan
bahasa slanga.
TATACARA MENANGANI MASALAH BULI.
Panduan mengenalpasti buli
Perhatikan
petanda-petandanya … Ambillah tindakan.
Dengan
mengetahui petanda-petanda yang kanak-kanak telah mendapat kesusahan dan boleh
mengetahui bagaimana hendak membantu mereka. Petanda-petanda itu adalah seperti
berikut;
Murid-murid
anda seringkali…
Ø
Kurang berminat
terhadap sekolah.
Ø
Gagal menguasai
kemahiran mengawal kemarahan.
Ø
Melihat diri
sendiri sentiasa sebagai mangsa.
Ø
Menolak untuk
mematuhi undang-undang dan peraturan.
Ø
Kerja tangan atau
tulisan yang buruk atau digambarkan ngeri atau kemarahan.
Ø
Suka berbicara
mengenai senjata atau keganasan.
Ø
Perasaan gundah
atau mudah goyah.
Ø
Membawa senjata
(sebarang senjata) ke sekolah.
Ø
Bercerita tentang
sejarah buli sekolah.
Ø
Dipinggirkan atau
cemburu yang melampau.
Ø
Melibatkan diri
atau berminat dengan gang.
Ø
Mengasingkan diri
daripada keluarga dan rakan-rakan.
Ø
Berbicara
mengenai membawa senjata ke sekolah.
PANDUAN
MENANGANI MASALAH BULI UNTUK GURU DAN IBUBAPA.
Lebih banyak
petanda-petanda ini dilihat, peluang yang lebih besar yang anak/murid
memerlukan bantuan.
Jika
anak/murid tidak mahu membincangkan petanda-petanda di atas bersama dengan
anda, jumpa mereka yang berkaitan seperti guru, kaunselor, ketua agama, guru
sukan, atau orang dewasa lain yang boleh memecahkan kebuntuan.
Tunjukkan yang orang lebih suka dan hormat kepada cara
penyelesaian masalah berhemah berbanding dengan cara membuli dan jadikan cara
penyelesaian masalah berhemah adalah cara kita.
Berbincang dengan mereka cara-cara menyelesaikan
masalah tanpa keganasan.
Bantu mereka memahami bagaimana sakit dan seriousnya
akibat tingkahlaku keganasan dalam kehidupan sebenar.
Mengadakan hubungan yang positif dengan mendengar
segala yang dicurahkan, mengenalpasti punca masalah dan menyedarkan pembuli
kepada sesuatu yang tidak disedari.
Sentiasa menunjukkan model tingkahlaku yang baik atau
diingini.
Elakkan anak/murid daripada kerisauan dengan membentuk
keyakinan diri dan diberi peluang mengembangkan potensinya ke arah maksimum.
Anak/Murid memerlukan layanan mesra dan hormat,
mendengar secara aktif luahan perasaannya, pimpin mereka ke arah mencapai
wawasan dan bantu mereka membuat pilihan yang konstruktif.
Elakkan komunikasi yang bersifat ‘faulty’ atau
merosakkan dan peranan yang tidak jelas dan sikap yang tidak berkompromi.
PANDUAN
MENANGANI MASALAH BULI UNTUK MURID.
Murid-murid
yang telah terlibat dengan buli sama ada memjadi pembuli atau mangsa buli sila
berbuat demikian;
Ø Dapatkan bantuan adalah cara yang betul.
q
Luahkan
masalah anda kepada ahli keluarga;
q
Bawa
berbincang dengan guru;
q
Berbincanglah
dengan rakan sejiwa;
q
Bercakaplah
dengan kaunselor;
q
Buat
rujukan ke klinik kesihatan mental;
q
Berjumpa
dengan doktor keluarga;
q
Berjumpa pakar psikologi;
q
Ikuti
nasihat ketua agama atau imam;
q
Beri
maklumat kepada GPK Hem, GPK 1 atau Pengetua/Guru Besar;
Ø Lebih cepat anda mendapatkan bantuan, lebih mudah masalah
anda diselesaikan.
Bibliografi
Allan, J., et.al., (1996).
Exerpted from Violence Prevention: A
Group Discussion Approach ©1996 ERIC/CASS.
American Academy of Pediatrics, American Psychological Associatio, (1996). eric-cue@columbia.edu
Rohaty Mohd Majzub,
1991, Disiplin Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.
Schwartz, W. (1994). How To Help Your Child Avoid Violent Conflicts. eric-cue@columbia.edu
Times Lingua,
(1993). English – Bahasa Melayu Dictionary, Singapura, Times Pub.
Limited.