TEKNIK
“E-PICTURE: MEMANTAPKAN KEMAHIRAN
MENGENALPASTI KOMPONEN PAPAN INDUK
KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 2KA1
MENGENALPASTI KOMPONEN PAPAN INDUK
KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 2KA1
Rosmawati Binti Mohamed
SMK
Bandar Putra, Kulaijaya
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran
dalam kemahiran mengenalpasti komponen-komponen di atas papan induk komputer.
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang
pelajar tingkatan 2KA1 di SMK Bandar Putra, Kulai, Johor. Tinjauan awal untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran
tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar
dan soalan sumbang saran yang diajukan di dalam kelas. Berdasarkan analisis
tersebut, pelajar di dapati masih belum menguasai kemahiran tersebut
sepenuhnya. Analisis juga mendapati cara guru mengajar yang lebih kepada teori
tidak dapat membantu pelajar dalam mengingati komponen-komponen yang terlibat.
Ini adalah disebabkan oleh kekangan di mana guru hanya dapat menunjukkan
sepintas lalu papan induk sebenar kepada pelajar menggunakan komputer sedia ada
di dalam makmal. Pelajar sukar untuk
mengingati sekiranya mereka tidak didedahkan dengan komponen tersebut berulang
kali. Bagi mengatasi masalah tersebut,
kaedah ”E-Picture” digunakan sebagai pendekatan pembelajaran dan
pengajaran dan penekanan diberi kepada aktiviti mengulang tayang gambar-gambar
komponen papan induk bagi membantu pelajar mengingati komponen tersebut dengan
lebih berkesan. Pelajar diberikan ujian bagi menguji kemahiran mereka. Dapatan
hasil ujian ini mendapati pelajar telah dapat menunjukkan peningkatan dan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana pelajar didedahkan dengan
pembelajaran yang lebih interaktif.
1.0
REFLEKSI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN LALU
Dalam menangani dunia teknologi masa kini, murid Tingkatan satu dan dua didedahkan
dengan mata pelajaran literasi komputer. Mata pelajaran ini adalah sebagai asas
pengetahuan murid kepada dunia perkomputeran. Sewaktu pelajar berada di dalam tingkatan
satu, pelajar telah didedahkan dengan komponen-komponen asas komputer.
Pada awal tahun lalu, sewaktu membuat ulangkaji bersama murid-murid tingkatan
2KA1 saya telah memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini bagi
menguji sejauh mana mereka mengingati pelajaran yang telah diajar. Diantara
soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan komponen input, proses dan output.
Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat membezakan
diantara komponen-komponen tersebut. Walau bagaimana pun apabila dintanya
mengenai komponen-komponen di atas papan induk, kebanyakan respons yang
diperolehi daripada pelajar adalah ”kami lupa cikgu” atau pun ”kami tidak
tahu”. Saya mengubah pendekatan soalan dengan membuka sebuah komputer dan menunjukkan
kepada mereka papan induk komputer, saya meminta seorang pelajar menunjukkan di
mana kedudukan CPU, respons yang saya dapat adalah ”tak tahu”. Saya bertanya
kepada beberapa orang lagi pelajar dan respons yang saya perolehi adalah sama. Saya
beralih pula kepada soalan di mana meminta pelajar menyenaraikan
komponen-komponen di atas papan induk yang telah mereka pelajari, hanya
segelintir pelajar dapat menjawab dengan betul tetapi tidak semua komponen yang
dapat mereka senaraikan.
Melalui pemerhatian ini saya dapati pelajar menghadapi masalah dalam mengingati
kedudukan komponen di atas papan induk komputer. Malah keadaan papan induk yang
penuh dengan komponen kecil dan cip-cip kecil menyukarkan mereka membezakan
antara satu komponen dengan komponen yang lain. Masalah ini juga berlaku disebabkan
mereka keliru dengan kedudukan dan rupa komponen tersebut. Kebanyakan mereka
juga tidak pernah melihat komponen tersebut secara realiti. Walaupun di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran saya menunjukkan komponen tersebut di atas
papan induk yang sebenar, mereka masih tidak dapat mengenalpasti komponen yang
ditunjukkan.
Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya hanya
menunjukkan secara keseluruhan gambar dan komponen tersebut di atas papan induk
tanpa memisahkan satu-persatu komponen tersebut daripada papan induk.
Oleh sebab kebanyakan pelajar memberikan jawapan bahawa mereka tidak ingat
atau tidak tahu, maka saya telah menerangkan kepada mereka bahawa untuk
mengingat sesuatu perkara terutama yang melibatkan sesuatu yang maujud, mereka
perlu selalu menggunakan alat tersebut atau melihat gambarnya berulang kali
supaya apa yang dilihat menjadi sebati dengan fikiran dan seterusnya apa saja
yang disoal mengenai perkara tersebut dapat dijawab dengan spontan.
2.0
FOKUS KAJIAN
Walaupun kebolehan
pelajar untuk mengingat sesuatu perkara adalah berbeza, apa yang ingin
difokuskan di sini adalah teknik yang boleh membantu pelajar mengingati
komponen-komponen papan induk komputer dengan lebih mudah dan ingatan itu
bertahan lebih lama. Oleh kerana topik ini melibatkan beberapa komponen dan
pelajar perlu dapat membezakan setiap komponen tersebut, pelajar perlu
didedahkan dengan komponen tersebut dengan lebih kerap. Menunjukkan komponen
yang sebenar kepada pelajar adalah mustahil kerana beberapa factor seperti
nilai komponen yang mahal dan risiko kecurian, oleh itu kami memikirkan satu
kaedah yang boleh menggantikan komponen tersebut.
Kaedah yang kami
lakukan adalah dengan mengambil gambar papan induk dan juga komponen-komponen di
atas papan induk tersebut. Gambar-gambar tersebut kemudian dikompil di dalam satu fail
berformat Microsoft PowerPoint dan diolah menjadi satu permainan flash card. Kad-kad ini kemudian ditayangkan kepada
pelajar untuk membantu mereka mengenalpasti dan mengingati komponen-komponen di
atas papan induk tersebut.
Kami yakin teknik ini
sedikit sebanyak dapat membantu ingatan pelajar dalam topic ini. Melalui
pemerhatian saya, antara kelemahan pelajar yang telah dikenalpasti adalah
1.
Tidak dapat menyenaraikan
nama komponen-komponen utama papan induk komputer
2.
Sukar mengenalpasti
kedudukan komponan utama papan induk komputer berikutan struktur papan pinduk
yang kompleks.
Dengan usaha yang dilakukan ini diharap pelajar dapat memantapkan kemahiran
mereka dalam menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan induk komputer
serta mengenalpasti kedudukan komponen tersebut di atas papan induk komputer.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Pada akhir Kajian Tindakan ini, pelajar-pelajar akan mencapai
objektif-objektif berikut:
3.1
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan membantu murid meningkatkan kemahiran mengenalpsti komponen-komponen papan induk
komputer
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Membantu pelajar
menyenaraikan nama komponen utama papan induk
komputer
3.2.2 Membantu pelajar mengenalpasti kedudukan
komponen utama papan
induk komputer
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 25 orang murid daripada tingkatan 2KA1 SMK Bandar
Putra Kulaijaya yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 13 orang perempuan.
Kesemua pelajar di dalam kelas ini adalah pelajar melayu dan beragama islam
memandangkan kelas ini adalah kelas aliran agama.
5.0
PERLAKSANAAN KAJIAN
Beberapa aktiviti telah dirancang bagi
memastikan proses kajian ini berjalan dengan
sempurna.
5.1
Tinjauan Masalah
5.1.1
Pemerhatian dalam kelas
Sewaktu sesi ulangkaji,
pemerhatian telah dibuat di dalam kelas dan
didapati hampir kesemua pelajar kelihatan terpinga-pinga seperti tidak pernah mempelajari
topik tersebut.
5.2
Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1
Pemerhatian Di dalam Kelas
Hasil daripada
pemerhatian, saya dapati hampir semua pelajar
gagal memberikan jawapan yang
tepat. Ini berpunca daripada pelajar
tidak mengingati topik yang telah dipelajari.
5.3
Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
Perlaksaan tindakan adalah
mengikut aktiviti yang telah dirancang.
5.3.1
” Ice Breaking”
Aktiviti pertama melibatkan sesi penerangan kepada pelajar mengenai ujian
yang akan dilaksanakan ke atas mereka. Kedatangan mereka
juga direkod bagi memastikan kejituan data yang akan dikumpul. Setiap pelajar
perlu mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.
Pelajar diminta membuat persediaan menghadapi ujian pra yang akan diberikan
pada sesi p&p yang seterusnya. Pelajar juga diterangkan mengenai format
ujian yang akan mereka lalui untuk memberii gambaran soalan kepada mereka.
Disamping itu guru membuat ulangkaji mengenai topik berkenaan bersama
pelajar. Pelajar diperkenalkan dengan komponen di atas papan induk secara teori
dan guru membuka satu komputer untuk pelajar melihat papan induk secara
realiti.
5.3.2
Ujian Pra
Aktiviti kedua melibatkan sesi menduduki ujian pra. Ujian ini di adakan
pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya setelah sesi penerangan
dan ulangkaji. Ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan yang
sepatutnya. Pelajar diberikan 10 soalan
berkenaan komponen papan induk komputer dan kedudukan komponen tersebut.
Pelajar perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 7 minit. (Sila
rujuk lampiran 1). Setelah tamat tempoh menjawab, keputusan direkod dan berikut
adalah dapatan daripada ujian tersebut.
Pelajar
|
Bil
Betul
|
Bil.
Salah
|
Pelajar
|
Bil
Betul
|
Bil.
Salah
|
P1
|
5
|
5
|
P14
|
4
|
6
|
P2
|
3
|
7
|
P15
|
4
|
6
|
P3
|
6
|
4
|
P16
|
6
|
4
|
P4
|
5
|
5
|
P17
|
5
|
5
|
P5
|
4
|
6
|
P18
|
5
|
5
|
P6
|
7
|
3
|
P19
|
4
|
6
|
P7
|
3
|
7
|
P20
|
6
|
4
|
P8
|
3
|
7
|
P21
|
3
|
7
|
P9
|
4
|
6
|
P22
|
3
|
7
|
P10
|
5
|
5
|
P23
|
3
|
7
|
P11
|
2
|
8
|
P24
|
5
|
5
|
P12
|
4
|
6
|
P25
|
5
|
5
|
P13
|
6
|
4
|
Jadual 1 : Keputusan
Ujian Pra Mengikut Pelajar
Daripada keputusan tersebut dapat kita simpulkan bahawa pelajar masih belum
menguasai kemahiran tersebut walaupun guru telah menerangkan format soalan dan
sesi ulangkaji telah dibuat. Ini membuktikan teknik
yang digunakan adalah untuk menghafal
dan bukan mengingat komponen tersebut.
Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik ”E-Picture” diharap dapat membantu pelajar lebih mudah mengingat
komponen-komponen tersebut. Teknik ini digunakan dalam aktiviti ke tiga.
5.3.3
Tayangan ”E-Picture”
Aktiviti ke tiga adalah aktiviti di mana pelajar diperkenalkan dengan teknik
”E-Picture”. Aktiviti ini
dilaksanakan setelah keputusan daripada ujian pra diperolehi. Guru menayangkan
gambar-gambar komponen menggunakan perisian Microsoft Power Point. Teknik ini
menggunakan konsep flash card di mana
pelajar ditunjukkan gambar komponen berserta nama komponen disamping soalan
sumbang saran yang dikemukakan oleh guru. Proses tayangan ini dilakukan
berulang kali sehingga guru merasa puas hati dengan pencapaian pelajar.
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar diberikan ujian Pos
1 untuk menguji sejauh mana ingatan mereka sejurus selepas berakhirnya tayangan
”E-Picture” ini. Ujian Pos 1
dilaksanakan sebagai aktiviti ke empat perlaksanaan kajian ini.
5.3.4
Ujian Pos 1
Aktiviti ke empat ini dijalankan di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran,
sejurus selepas ”E-Picture”
ditayangkan. Pelajar diberikan semula soalan yang sama bagi menguji kecekapan
mereka mengingat. Pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam jangka
masa yang sama iaitu 7 minit. Setelah itu, keputusan direkod adalah seperti
berikut:
Pelajar
|
Bil Betul
|
Bil. Salah
|
Pelajar
|
Bil Betul
|
Bil. Salah
|
P1
|
10
|
0
|
P14
|
10
|
0
|
P2
|
10
|
0
|
P15
|
10
|
0
|
P3
|
10
|
0
|
P16
|
10
|
0
|
P4
|
10
|
0
|
P17
|
10
|
0
|
P5
|
10
|
0
|
P18
|
10
|
0
|
P6
|
10
|
0
|
P19
|
10
|
0
|
P7
|
10
|
0
|
P20
|
10
|
0
|
P8
|
10
|
0
|
P21
|
10
|
0
|
P9
|
10
|
0
|
P22
|
10
|
0
|
P10
|
10
|
0
|
P23
|
10
|
0
|
P11
|
10
|
0
|
P24
|
10
|
0
|
P12
|
10
|
0
|
P25
|
10
|
0
|
P13
|
10
|
0
|
Jadual 2: Keputusan Ujian Pos 1
Mengikut Pelajar
Daripada keputusan tersebut didapati pelajar telah dapat meningkatkan
kebolehan mengingat dan mengenalpasti komponen papan induk tersebut. Ini
disebabkan oleh gambar-gambar yang dipaparkan masih lagi berada dalam ingatan
mereka.
Bagi memastikan keputusan yang diperolehi boleh digunapakai, pelajar
diberikan ujian pos kedua untuk menguji tahap ingatan mereka kepada topik ini.
5.3.5
Ujian Pos 2
Aktiviti ke lima ini dilaksanakan pada sesi pembelajaran dan pengajaran
yang berikutnya untuk kelas tersebut. Kehadiran pelajar direkod bagi memastikan
bilangan pelajar yang sama dan betul. Pelajar diberikan set soalan yang sama
tetapi kali ini soalan tersebut diubah kedudukannya bagi menguji kemahiran
mereka mengenalpasti komponen (Sila rujuk Lampiran 2). Masa yang diberikan juga
adalah selama 7 minit.
Keputusan ujian pos 2 ini direkod dan berikut adalah hasilnya
Pelajar
|
Bil Betul
|
Bil. Salah
|
Pelajar
|
Bil Betul
|
Bil. Salah
|
P1
|
10
|
0
|
P14
|
9
|
1
|
P2
|
10
|
0
|
P15
|
10
|
0
|
P3
|
10
|
0
|
P16
|
10
|
0
|
P4
|
10
|
0
|
P17
|
10
|
0
|
P5
|
9
|
1
|
P18
|
9
|
1
|
P6
|
8
|
2
|
P19
|
10
|
0
|
P7
|
10
|
0
|
P20
|
10
|
0
|
P8
|
10
|
0
|
P21
|
10
|
0
|
P9
|
10
|
0
|
P22
|
9
|
1
|
P10
|
10
|
0
|
P23
|
10
|
0
|
P11
|
10
|
0
|
P24
|
10
|
0
|
P12
|
10
|
0
|
P25
|
10
|
0
|
P13
|
10
|
0
|
Jadual 3 : Keputusan
Ujian Pos 2
Dapatan daripada ujian tersebut mendapati pelajar masih dapat mengingat dan
mengenalpasti komponen yang dipelajari dengan baik. Ini secara tidak langsung
dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam topik ini.
5.4
Refleksi Kajian
Berdasarkan aktiviti yang
dijalankan, saya dapati pelajar lebih mudah mengingati komponen-komponen yang ditunjukkan
kepada mereka. Aktiviti ujian pos juga menunjukkan peningkatan dari segi
bilangan pelajar yang dapat enjawab soalan dengan lebih tepat. Perbandingan
antara keputusan ujian pra dan ujian pos boleh dilihat daripada jadual di bawah
Pelajar
|
Ujian Pra
|
Ujian Pos
|
||
Bilangan Betul
|
Bilangan Salah
|
Bilangan Betul
|
Bilangan Salah
|
|
P1
|
5
|
5
|
10
|
0
|
P2
|
3
|
7
|
10
|
0
|
P3
|
6
|
4
|
10
|
0
|
P4
|
5
|
5
|
10
|
0
|
P5
|
4
|
6
|
9
|
1
|
P6
|
7
|
3
|
8
|
2
|
P7
|
3
|
7
|
10
|
0
|
P8
|
3
|
7
|
10
|
0
|
P9
|
4
|
6
|
10
|
0
|
P10
|
5
|
5
|
10
|
0
|
P11
|
2
|
8
|
10
|
0
|
P12
|
4
|
6
|
10
|
0
|
P13
|
6
|
4
|
10
|
0
|
P14
|
4
|
6
|
9
|
1
|
P15
|
4
|
6
|
10
|
0
|
P16
|
6
|
4
|
10
|
0
|
P17
|
5
|
5
|
10
|
0
|
P18
|
5
|
5
|
9
|
1
|
P19
|
4
|
6
|
10
|
0
|
P20
|
6
|
4
|
10
|
0
|
P21
|
3
|
7
|
10
|
0
|
P22
|
3
|
7
|
9
|
1
|
P23
|
3
|
7
|
10
|
0
|
P24
|
5
|
5
|
10
|
0
|
P25
|
5
|
5
|
10
|
0
|
Jadual
4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Pelajar
Jadual 4 menunjukkan
semua pelajar menunjukkan peningkatan dalam mengingat komponen-komponen papan
induk tersebut. Bilangan jawapan yang betul meningkat dengan amat ketara. Ini
membuktikan kaedah ini dapat membantu pelajar memantapkan ingatan mereka
terhadap komponen-komponen tersebut.
Disepanjang aktiviti
dijalankan juga pelajar menunjukkan minat yang amat tinggi dan mereka merasa
seronok kerana aktiviti ini lebih santai, kurang tekanan dan lebih ke arah
permainan.
6.0
CADANGAN UNTUK KAJIAN
SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan,
didapati bahawa sesetengah pelajar memerlukan pendekatan yang berbeza dalam
mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh
kerana itu, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan
dalam proses P&P. Sebagai contoh dalam tajuk Computer Hardware, perlu ada
teknik yang digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati fungsi perkakasan
komputer.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian
tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi
masalah pembelajaran terutamanya di dalam tajuk yang sukar difahami oleh
pelajar.
BIBLIOGRAFI
Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2009. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-sekolah
Negeri Johor. Jilid 2/2009. Johor.