REKABENTUK INSTRUKSI (INSTRUCTIONAL DESIGN) BERORIENTASIKAN
BILIK DARJAH DAN APLIKASI MODEL ASSURE
BAGI SUBJEK MATEMATIK
Nazila bte Abdullah
SMK Bandar Putra, Kulaijaya.
1.
PENGENALAN
Rekabentuk instruksi (instructional design) digunakan sebagai alat konsep dan komunikasi
bagi menganalisis, merekabentuk, membangun dan menilai pembelajaran berpandu.
Ia lebih lengkap dari aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan spesifikasi
pengajaran, penentuan strategi-strategi pengarahan saat-demi-saat, pengaturan
(sequencing), pembekalan elemen-elemen motivasi dan penentuan tindakan-tindakan
pelajar Gustafson dan Branch (1997).
2.
DEFINASI DAN KATEGORI MODEL REKABENTUK
INSTRUKSI (ID)
2.1
Definasi
Seels and
Richey, (1994) mentakrifkan ID sebagai prosedur yang tersusun yang mengandungi
langkah-langkah menganalisis, merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai
arahan. AECT (1977) mentakrifkan ID sebagai pendekatan sistematik bagi
rekabentuk, pembuatan, penilaian dan penggunaan sistem-sistem arahan yang
lengkap termasuk semua komponen yang bersesuaian dan bentuk pengurusannya:
2.2 Konsep Model Awal Rekabentuk Instruksi
Gustafson dan Branch (1997) menegaskan ID
mengandungi empat aktiviti utama
a. analisis terhadap senario keperluan
pelajar
b. merekabentuk satu set spesifikasi untuk
suasana yang efektif, berkesan dan relevan bagi pelajar
c. pembangunan semua bahan bagi pelajar dan
pengurusan
d. penilaian formatif dan summatif ke atas
sistem yang dibangunkan
Elemen-elemen utama rekabentuk instruksi ialah
seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah1 berikut.
Model-model awal rekabentuk instruksi ialah model
Silvern (1965), model Barson (1967) dan model Hamreus (1968). Model Silvern
(1965) bersandarkan kepada teori sistem umum dan dibangunkan untuk industri
aeroangkasa dan ketenteraan. Model Barson’s (1967) memfokus kepada memperbaiki
kursus-kursus di peringkat kolej. Model Hamreus (1968) pula ialah model dua
pringkat, ’maxi’ dan ’mini’. Maxi bagi versi operasi yang lengkap manakala mini
bagi versi mudah untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Selain itu, model ADDIE merupakan antara model
reka bentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model reka bentuk
instruksi yang lain. Model ADDIE (Rossett, 1987) diwakili oleh 5 fasa utama
iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan
fasa penilaian.
2.3 Kategori-Kategori Model Rekabentuk Instruksi
Gustafson dan Branch (1997) menyebutkan bahawa
model-model rekabentuk instruksi boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori
pertama ialah model-model yang berorientasikan bilik darjah, kedua ialah yang
berorientasikan produk dan ketiga ialah yang berorientasikan sistem.
Model Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino
(1996) (Model ASSURE), Gerlach dan Ely (1980), model Kemp and Morrison (1994) dan
model Reiser dan Dick (1996) adalah contoh-contoh model bagi kategori yang
berorientasikan bilik darjah. Model jenis ini ditujukan untuk penggunaan
guru-guru sekolah. Ia menawarkan sistem pembangunan ID dalam perspektif bilik
darjah. Setiap ahli yang terlibat mengandaikan saiz aktiviti yang dirancang
adalah kecil, jumlah sumber yang ada adalah terhad, ia lebih kepada usaha
individu dan bukan usaha kumpulan, guru bukan pembangun ID yang terlatih, dan
guru terhad kepada memilih dan menyesuaikan bahan-bahan sedia ada sahaja, hanya
sedikit masa akan ditumpukan kepada front-end analysis, suasana pembelajaran
adalah ’low-tech’, jumlah percubaan dan peningkatan mutu adalah terhad, jumlah
penyebaran di luar bilik darjah adalah rendah.
Model Bergman dan Moore (1990) adalah model yang
dibangunkan beroriantasikan pembangunan produk yang boleh digunakan oleh
kumpulan yang dianggotai oleh pembangun ID, staf pembuatan, pengaturcara
komputer dan pengurus projek yang ingin membangunkan produk ID berasaskan
multimedia. Andaian bagi model jenis ini ialah produk akan dihasilkan setiap
beberapa jam atau beberapa hari, jumlah sumber tinggi, dan ahli kumpulan adalah
profesional dan terlatih. Kumpulan yang terlibat akan menghasilkan produk yang
asli dan dipasarkan secara komersil, analisis ’front-end’ adalah intensif,
percubaan dan pembaikkan adalah berterusan dan pengedara produk adalah biasa.
Model-model Barson’s (1967), Dick dan Carey
(1996), Smith dan Regan (1993) dan Gagne, Briggs dan Wager (1992) adalah dari
jenis yang berorientasikan sistem. Ia ditujukan untuk digunakan dalam berbagai
bentuk organisasi untuk membangunkan ID yang khusus bagi tujuan-tujuan
tertentu. Branson (1975) ID model – dibangunkan untuk latihan ketenteraan untuk
usaha pembangunan beroriantasikan kumpulan dan pada skala yang besar.
Model-model ini mengandaikan bahawa jumlah instruksi besar. Jumlah sumber yang
ada juga besar dan kumpulan yang terlibat adalah profesional dan terlatih.
Produk yang dihasilkan adalah asli dan bukan asli. Analisis ’front-end’ dan
juga percubaan dan pembaikkan adalah intensif. Penyebaran dan penggunaan adalah
meluas dan selalunya tidak melibatkan pembangun ID itu sendiri.
3.
BEBERAPA MODEL REKABENTUK INSTRUKSI BERORIENTASIKAN
BILIK DARJAH
3.1 Model Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996) (Model
ASSURE)
ASSURE yang direka dari enam huruf bermaksud
memastikan sesuatu itu berlaku:
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objectives (Nyatakan
objektif)
S - Select
method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U - Utilise
media and materials (Gunakan media dan bahan)
R - Require
learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
E - Evaluate
and revise (Nilai dan semak)
Mengikut Norlida dan Zulkifli (2003) perincian
bagi ASSURE adalah seperti berikut:
Analisis Pelajar
Tiga ciri pelajar yang mungkin ialah (i) ciri-ciri
umum seperti umur, latarbelakang sosio-ekonomi, dan lain-lain. (ii) kompetensi
khusus peringkat termasuk yang berkait dengan kemahiran sedia ada pelajar, dan
(iii) gaya pembelajaran pelajar termasuk tanggapan terhadap berinteraksi dan
bertindak balas semasa belajar.
Nyatakan Objektif
Objektif merupakan tahap minimum tentang apakah
yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Pilih Kaedah, Media dan
Bahan
Kaedah dipilih supaya sesuai dengan tugasan
manakala media dan bahan dipilih supaya ia sepadan dengan kurikulum, tepat dan
terkini, bahasa yang jelas, menarik minat dan mencetuskan motivasi,
menggalakkan penglibatan pelajar, mempunyai kualiti teknikal yang baik,
terbukti berkesan, bebas dari bias.
Gunakan Media dan Bahan
Penggunaan media dan bahan yang baik melibatkan
’preview’ penyediaan bahan, penyediaan persekitaran, penyediaan pelajar dan
penyediaan pengalaman pembelajaran.
Libatkan Pelajar
Untuk memastikan proses pembelajaran berlaku
pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan ialah membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan
sebagainya.
Nilai dan Semak
Penilaian dijalankan sebelum, semasa dan selepas
pengajaran. Ia melibatkan aspek-aspek pencapaian pelajar, pembelajaran yang
dihasilkan, menilai media dan kaedah, kualiti media, penggunaan guru dan
penggunaan murid.
3.2
Model Gerlach dan Ely (1980),
Rajah 2 menunjukkan elemen-elemen utama model
Gerlach dan Ely (1980). Ia dimulakan dengan penentuan kandungan dan spesifikasi
tujuan. Ini diikuti dengan penilaian perangai pelajar. Strategi kemudiannya
dipilih, pelajar-pelajar dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan bagi menyesuaikan
mereka kepada sumber yang ada, kaedah pengajaran dan keupayaan, pembahagian
masa dan pemilihan sumber dan bahan. Prestasi pelajar kemudian dinilai dan ini
akan menjadi sumber maklum balas kepada guru.
3.3 Model Kemp, Morrison dan Ross (1994)
Model Kemp, Morisson dan Ross (1994) dibangunkan
dengan pendekatan yang memfokus kepada pelajar dan bukan isi kandungan.
Perkara-perkara yang diberi perhatian ialah:
i.
kesediaan individu untuk mencapai objektif pembelajaran
ii.
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif
sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan ciri-ciri pelajar
iii.
media dan bahan yang sesuai
iv.
sokongan
yang diperlukan selain dari guru yang mengajar
v.
bagaimana
menentukan tercapainya objektif pengajaran
vi.
bagaimana
pembaikkan perlu dibuat jika perlaksanaan tidak memuaskan
Merujuk kepada Rajah 3, langkah-langkah penyediaan
ID dengan model Kemp, Morisson dan Ross (1994) ialah:
i.
mengenalpasti
masalah instruksi
ii.
menyelidik
dan menilai ciri-ciri pelajar
iii.
mengenalpasti
isi kandungan subjek dan menganalisis tugas
iv.
menyebutkan
objektif instruksi
v.
menyusun
mengikut tertib supaya pengajaran adalah logik
vi.
merekabentuk
strategi-strategi instruksi
vii.
merancang
penyampaian instruksi
viii.
membangunkan
alat penilaian pencapaian objektif
ix.
memilih
sumber untuk menyokong instruksi dan pemelajaran
3.4 Model Reiser dan Dick (1996)
Model Reiser dan Dick (1996) memperkenalkan
penggunaan istilah ’rancangan’ dalam pembangunan model berorientasikan bilik
darjah. Menurut Reiser dan Dick (1996) guru-guru yang ingin menggunakan model
mereka perlu menepati empat prinsip berikut:
i.
mulakan
perancangan proses dengan mengenalpasti tujuan umum dan objektif yang spesifik
yang perlu dicapai oleh pelajar
ii.
rancang
aktiviti-aktiviti instruksi yang boleh membantu pelajar mencapai objektif
iii.
bangunkan
alat-alat penilaian ukur pencapaian objektif
iv.
ulangkaji
instruksi berdasarkan prestasi pelajar bagi setiap objektif dan atitud pelajar
terhadap aktiviti-aktiviti instruksi
Prinsip-prinsip ini dapat ditunjukan seperti di dalam Rajah 4.
Model Reiser dan Dick (1996) dipersembahkan dalam
format bab (chapter format) seperti berikut:
i.
senario
masalah – diskripsi situasi pengajaran biasa. Senario memberikan tema kepada
aktiviti-aktiviti perancangan instruksi
ii.
objektif
bab – menyatakan tentang apa yang seorang boleh lakukan selepas mengikuti
pelajaran yang akan disampaikan
iii.
maklumat
latarbelakang – termasuk maklumat yang mengaitkan antara bab dan meletakkan
prosedur dalam rangka kerja yang lebih besar
iv.
konsep
utama dan contoh-contoh – idea dan konsep dipersembahkan dengan disertakan
contoh penggunaannya.
v.
latihan
dan maklum balas – termasuk berbagai latihan yang berkait langsung dengan
objektif bab. Ia memberi peluang membandingkan respon pembaca ke atas maklum
balas pada teks.
vi.
aplikasi
– memandu pembaca membangunkan bahagian-bahagian tertentu rancangan instruksi.
vii.
ringkasan
– meringkaskan idea-idea utama yang dipersembahkan.
4.
KAEDAH MEMBANDINGKAN MODEL-MODEL REKABENTUK
INSTRUKSI
Gustafson dan Branch (1997) menunjukkan cara
membandingkan ketiga-tiga kategori model ID. Seperti yang dijelaskan di dalam
Jadual 1, sembilan kriteria telah digunakan untuk perbandingan.
Gustafson dan Branch (1997) juga telah menggunakan
kaedah perbandingan yang sama untuk memilih model-model terbaik dari kategori
berorientasikan bilik darjah. Di antara kenyataan-kenyataan pemilihan yang Gustafson
dan Branch (1997) keluarkan adalah seperti berikut:
i.
Model
Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996) memfokus kepada instruksi
satu-sama-satu (individu)
ii.
Model
Gerlach dan Ely (1980) memfokus kepada pembangunan kandungan.
iii.
Model
Kemp, Morrison dan Ross (1994) memfokus kepada pelajar
iv.
Model
Reiser dan Dick (1996) memfokus kepada perancangan
v.
Model-model
Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996) (Model ASSURE), Gerlach dan Ely
(1980), Kemp and Morrison (1994) dan Reiser dan Dick (1996) didapati lebih
mudah difahami dan dapat diterima oleh guru
vi.
Model
Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996) adalah lebih mudah penggunaannya
berbanding model-model berorientasikan bilik darjah yang lain.
5.
APLIKASI MODEL ASSURE BAGI SUBJEK
MATEMATIK
Model ASSURE (Heinich, Molenda & Russell, 1981), iaitu
pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan bilik darjah dipilih bagi
mereka bentuk rancangan pengajaran Matematik kerana model ini amat sesuai serta
boleh memenuhi keenan-enam elemen asas yang terdapat dalam reka bentuk
pengajaran bagi pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
Model
ASSURE yang merupakan jalinan kata kunci pada pangkal perkataan yang mewakili
setiap elemen dalam model ini iaitu A.S.S.U.R.E.
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objectives (Nyatakan
objektif)
S - Select
method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U - Utilise
media and materials (Gunakan media dan bahan)
R - Require
learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
E - Evaluate
and revise (Nilai dan semak)
Berdasarkan model ini guru dapat menganalisis ciri
pelajar, menyatakan objektif pengajaran secara khusus, memilih kaedah, media
dan bahan serta melibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya guru akan menilai dan menyemak semula keseluruhan proses instruksi.
Dalam fasa pemilihan media, kaedah dan bahan pengajaran,
strategi pengajaran yang paling sesuai perlu ditentukan. Needham (1987) mencadangkan strategi
mengajaran berdasarkan Model Konstruktivisme 5 fasa iaitu fasa orientasi,
pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Tema utama
strategi ini mengutarakan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif
yang mana pelajar membina pengetahuan atau konsep baru berasaskan pengalaman.
Pendekatan ini adalah berdasarkan pandangan konstruktivisme yang bertanggapan
seseorang itu dapat membina pengetahuan sendiri secara aktif dengan cara
membandingkan maklumat baru dengan pemahaman yang sedia ada. Cara ini digunakan
untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea demi mencapai pemahaman baru
(Johnson &7 Gott, 1996).
Menurut Karakirik dan Durmus (1997), pelajar membina
struktur matematik yang kompleks dan abstrak secara aktif pada persekitaran
konstruktivist. Mereka meneroka idea matematik dengan melibatkan diri, berfikir
dan membuat refleksi. Justeru guru perlu menyediakan persekitaran yang
membolehkan mereka berbincang, memberikan idea dan membuat refleksi. Kemudahan
teknologi komputer juga memberikan peluang kepada guru untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik.
6.
PENUTUP
Reka bentuk instruksi pada asasnya adalah satu
proses sistematik bagi menterjemahkan prinsip-prinsip umum sesuatu pengajaran
dan pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan atau media bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dalam reka bantuk instruksi pelbagai aspek
perlu diambil kira dan antara aspek yang utama ialah aspek-aspek teori
pembelajaran, model reka bentuk, strategi pembelajaran dan sebagainya. Ini bagi
memastikan kualiti bahan atau media yang terhasil sesuai dengan kumpulan
sasaran.
Rujukan
AECT (1977), Educational technology definitions and glossary of terms,
Association of Educational Communication and Technology, Washington, DC
Barson, J., (1967), Instructional System Development: A Demonstration
and Evaluation Project – Final Report, East Lansing,
MI: Michigan
State University,
(ED 020 673), June
Bergman, R dan Moore,
T. (1990), Managing interactive video/multimedia projects, Englewood Cliffs,
NJ: Educational Technology Publication.
Bransford, J. (1994).
Who ya gonna call? Thoughts about teaching problem solving. In P. Hallinger, K.
Lithwood, & J. Murphy (Eds.), Cognitive perspectives on educational
leadership. New York:
Teacher's College Press.
Branson, R. K., (1975), Interservice procedure for instructional
systems development: Executive summary and model, Tallahassee,
FL: Centre for Educational Technology, Florida State University,
(National Technical Information Services, 5285 Port Royale Rd., Sprongfield,
VA 22161,
Document No. AD-A019 486 to AD-019 490)
Dick, W. dan Carey, L (1996), The systematic design of instructions (4th
ed.) New York, Harper Collins
College Publisher.
Gagne, R. M., Briggs, L. J. dan Wager, W. W., (1992), Principle of
instructional design, (4th ed.) New York, Holts, Rinehart and Winston.
Gagne, R.M. (1966). The
conditions of learning (1st ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.
Gerlach, V. S. dan Ely, D. P., (1980), Teaching and media: A
systematic approach, (2nd ed.) Englewood
Cliffs, NJ: Prentice-Hall Incorporated.
Gustafson, K. L. dan Branch, R. M., (1997), Survey of Instructional
Development Models: Third Edition, ERIC Clearinghouse of Information and
Technology, Syracuse, New York,
Hamreus, D., (1968), The systems approach to instructional
development. The contribution of behavioural science to instructional
technology, Monmouth, OR: Oregon State System of Higher Education,
Teaching Research Division, (ED 041 488)
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. dan Smaldino, S. (1996), Instructional
media and technology for learning, 5th edition, New York, McMillan.
Jonassen, D. H.,
(1997), Instructional Design Models for
Well-Structured and Ill-Structured Problem-Solving Learning Outcomes, ETR&D,
Vol, 45, No. 1, 1997, pp. 65-94 ISSN 1042-1629
Kemp, J. E., Morisson, G. R. dan Ross, S. M., (1994), Designing
efective instruction, New York,
Merrill.
Karakirik, E., and Durmus, S., (1997), A Framework For Designing Computer
Assisted Constructivist Learning Activities, Fourth International Educational
Technologies Conferences, Abant Izzet Baysal University, Turkey.
Needham,
R. (1987), Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. Leeds,
Children’s Learning in Science Project, University of Leeds.
Norlida, A. dan Zulkifli,
A. L., (2003), Prinsip Teknologi Pengajaran Model ASSURE, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Kukup, Pontian Johor.
Seels, B. and Richey, R., (1994), Instructional Technology: The
definitions and domains of the fields, Washington, DC., Association for
Educational Communication and Technology.
Silvern, L. C., (1965), Basic Analysis, Los Angeles, CA:
Education and Training Consultants Company.
Smith, P. L. dan Regan, T. J.,
(1993), Instructional design, New
York,McMillan.
Greeno, J. (1978).
Natures of problem-solving abilities. In W. Estes (Ed.), Handbook of
learning and cognitive processes (pp. 239-270). Hillsdale,
NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.